Thursday, April 10, 2008

Perjanjian Ridhwan

Perjanjian Ridhwan

Muhammad menghantar Uthman bin ‘Affan untuk berbincang dengan Quraisy, dan pihak Quraisy mengurung Uthman selama beberapa hari. Apabila Uthhman lambat pulang, sampai berita kepada Muhammad s.a.w Uthman sudah dibunuh. Muhammad memerintahkan para sahabat melakukan perjanjian. Apabila berlaku peperangan, jangan ada yang lari. Muhammad duduk dibawah pokok dan seorang demi seorang tentera islam melakukan perjanjian dengan Muhammad. Selepas melakukan perjanjian, Salamah bin Akwa’ duduk berehat. Apabila Muhammad ternampak, beliau menyuruh dia melakukan perjanjian.

Salamah berkata, “Aku sudah berbaiah, wahai Muhammad,”
Muhammad berkata, “Sekali lagi.”

Muhammad mahu mengulang semula perjanjian orang seperti Salamah ini. Kemampuannya dalam berperang melebihi orang lain. Dari sinilah perlu mengulangi perjanjian. Dengan itu, para sahabat berjanji kepada Muhammad kecuali seorang iaitu Al-Jad bin Qais. Dia menyorok di belakang untanya yang berwarna merah bagi mengelakkan diri daripada melakukan perjanjian.

Selepas semua orang selesai berjanji, Muhammad meletakkan tangan kirinya ke atas tangan kanannya dan menyebut, “ini tangan aku bagi menggantikan tangan Uthman.” Muhammad berjanji bagi pihak Uthman.

Para sahabat berkata, Demi Allah, tangan kiri pesuruh Allah lebih baik daripada tangan kita semua.”
Pada masa itu Muhammad memberi berita gembira yang besar kepada para sahabat.Muhammad berkata, ‘ semua orang yang melakukan perjanjian di bawah pokok akan masuk syurga kecuali tuan punya unta merah.”

Dari situ, turun ayat10 surah Al-Fath yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu wahai Muhammad, untuk berjuang menentang musuh. Mereka biasanya memberi pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya. Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya, dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang dijanjikannya kepada Allah, Allah akan memberika kepadanya pahala yang besar.’

Surah al-Fath ayat 18 pula bermaksud, “Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu wahai Muhammad di bawah naungan pohon yang termaklum di Hudaibiah, dengan itu ternyata apa yang sedia diketauhinya tentang kebenaran iman dan taat setia yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya perjanjian ini dinamakan perjanjan Ridhwan. Semua orang yang berjanji setia di sini akan mendapat keredaan Allah s.w.t.

Apabila tiba kepada tentera Quraisy para sahabat telah berjanji setia kepada Muhammad, mereka menjadi takut dan membuat keputusan membuat perjanjian damai dengan Muhammad. Mereka menghantar Suhail bin Amr kepada Muhammad. Apabila Suhail datang, Muhammad mengenalinya.

Muhammad berkata, “ Semoga Allah permudahkan bagi kamu.”

Sekarang mereka mahu pendamaian kerana Suhail terkenal sebagai tokoh perunding dan pendamai di kalangan orang Quraisy. Dia hanya dihantar apabila mahu berdamai. Dengan itu berlaku persetujuan antara Suhail dan Muhammad bagi melakukan perjanjian damai. Selepas selesai perbincangan, isi perjanjian itu mahu ditulis.

Muhammad memanggil Ali supaya menuliskan perjanjian. Yang menjadi saksi kepada perjanjian ini adalah sekumpulan wakil dari pihak Quraisy dan sekumpulan wakil daripada orang islam. Antara isi perjanjian damai itu adalah:

1. Orang-orang islam pulang pada tahun ini. Mereka tidak akan memasuki Mekah dan mereka berhak datang menunaikan umrah pada tahun hadapan. Apabila mereka datang pada tahun hadapan, orang Quraisy tidak akan menghalang mereka dalam apa bentuk sekalipun dengan syarat apabila memasuki Mekah, mesti dengan pedang yang bersarung dan dalam keadaan yang tenang. Tidak membentak perasaan orang-orang Mekah. Mereka hanya dibenarkan berada di Mekah selama tiga hari sahaja. Selepas itu, mereka mesti meninggalkan Mekah.
2. Tidak berlaku peperangan antara orang islam dan kafir Quraisy dalam tempoh 10 tahun sehingga semua orang berasa aman. Tidak ada peperangan, tidak ada serangan ke atas suku Quraisy dan berlaku keamanan penuh selama 10 tahun.
3. Muhammad perlu memulangkan semula orang yang lari dari Mekah ke Madinah dan sesiapa yang murtad dan lari ke Mekah dari Madinah tidak akan dipulangkan ke Madinah.
4. Suku-suku Arab yang lain berhak menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.
5. Mana-mana pihak tidak boleh membantu pihak lain yang berperang.

Selepas semuanya jelas, Uthman dilepaskan. Muhammad memerintrahkan mereka semua bertahalul, mencukur kepala sebagai tanda keluar dari ihram. Tidak ada seorang pun daripada tentera islam bangun bertahalul. Muhammad pelik kerana kali petama orang islam tidak mendengar perintah beliau. Muhammad takut membuat arahan sekali lagi sehingga turun kepada mereka kemurkaan Allah. Muhammad meninggalkan mereka.

Tentera islam masih duduk dan teragak-agak. Apa yang sedang mereka hadapi itumenyebabkan mereka keliru. Masih berat perasaan mereka. Muhammad masuk ke khemahnya dalam keadaan sedih. Pada masa itu, Ummu Salamah yang menemani Muhammad bertanya apa yang berlaku kepada Muhammad kerana dia lihat Muhammad dalam keadaan sedih. Muhammad menceritakan apa yang berlaku, orang islam tidak mendengar arahan beliau supaya mereka bertahalul.

Ummu Salamah berkata, “Wahai Muhammad, kalau Muhammad bertahalul nescaya semua orang akan bertahalul.”

Muhammad keluar semula dan memanggil tukang cukur dan meminta tukang cukur mencukur kepalanya. Apabila para sahabat melhat Muhammad bertahalul, mereka bangun bertahalul.

Allah menamakan Perjanjian Hudaibiah sebagai satu pembukaan (fath) kerana daripada permulaan Islam sehingga Hudaibiah, jumlahnya19 tahun. 13 tahun di Mekahdan 6 tahun di Madinah. Yang keluar dengan Muhammad dalam perjanjian Hudaibiah adalah seramai 1400 orang pejuang.